Daripada pemburu-pengumpul kepada petani Sejarah_China

Negara China yang terdapat pada masa kini pernah dihuni oleh Homo erectus melebihi sejuta tahun dahulu. Kajian yang baru-baru ini menunjukkan bahawa alat-alat batu yang ditemui di tapak Xiaochangliang telah wujud sejak 1.36 juta tahun lagi, menurut pentarikhan magnetostratigraf. Tapak arkeologi di Xihoudu, Provinsi Shanxi merupakan rekod terawal tentang penggunaan api oleh Homo erectus dan ditetapkan tarikhnya sebagai 1.27 juta tahun dahulu. [1] Ekskavasi-ekskavasi di Yuanmou dan kemudiannya di Lantian menunjukkan penghunian awal. Spesimen Homo erectus yang termasyhur yang ditemui di China pada tahun 1923 ialah apa yang telah digelar Lelaki Peking. Dua buah bekas tembikar yang digali di Gua Liyuzui yang terletak di Liuzhou, Provinsi Guangxi masing-masing wujud sejak 16,500 SM dan 19,000 SM. [2] Bukti terawal untuk penanaman sekoi menetapkan tarikhnya pada sekitar 7000 SM. Alat-alat muzik yang boleh dimain, peringkat terawal sistem tulisan bahasa Cina (masih diperdebatkan) dan pengeluaran wain terawal di dunia telah ditemui di tapak Jiahu. Jiahu merupakan peringkat terawal kebudayaan Peiligang di kaunti Xinzheng, Henan, dan hanya 5% telah diekskavasi sehingga tahun 2006. Dengan pertanian datangnya banyak penduduk, dengan keupayaan menyimpan dan mengagih-agihkan tanaman mendukung para tukang dan pentadbir. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai suatu pusat kebudayaan, dengan desa-desa pertama ditubuhkan. Desa-desa yang paling penting dari segi arkeologi ialah desa-desa yang ditemui di Banpo, Xi'an.